KELAS E-Learning- Membuat Nota Ringkas Subjek Sejarah Menggunakan Peta Minda Tingkatan 3 (Bahagian 1)
23 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22/06/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas sambungan E-Learning bersama pelajar sekolah iaitu mempelajari cara membuat peta minda matapelajaran sejarah. Kelas diadakan pada 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Kelas ini diadakan agar para pelajar dapat dapat memahami subjek Sejarah dengan lebih berkesan dan mudah difahami. Selain itu, dengan membuat nota ringkas sendiri para pelajar secara tidak langsung dapat mengambil serta mencerna setiap topik-topik yang terdapat dalam buku teks sejarah mereka. Kelas ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah yang mempunyai masa lapang dan hadir ke NADI Piasau Utara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: